Resepi Grill Udang Galah Yang Mudah dan Sedap

Syukur tinggal di Sabah, bekalan seafood tak pernah putus. Ni rezeki suami kaki pancing. Kita masak simple ajer - grill udang galah dengan herba itali (grilled giant fresh water prawns with italian herbs)

Perap italian herbs + garam + black pepper + butter. Grill atas pan grill atau masuk dalam oven pun boleh. Suhu 160 C untuk 5-10 minit bergantung jenis oven juga tau.  Jangan terlalu masak nanti hilang manis udang dan menjadi liat.

Selamat mencuba :)


Resepi Pat Gra Pao Gai atau Thai Chicken Basil


Orang Thai selalu makan ni dengan nasi putih dan telur goreng (telur mata). Sedap dan senang dimasak

Resepi
Ayam yg dipotong kecik2
Daun basil/selasih
Bawang putih
Lada/cili padi
Kicap cair
Sos tiram
Sos ikan

 Gula

Tumbuk bawang putih dan lada. Tumis hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul2 hingga sebati. Masukkam kicap cair, sos tiram dan sos ikan. Agak2 ajer sukatan yer jangan banyak nanti masin pulak. Gaul hingga sehingga ayam masak. Masukkan gula sikit. Masukkan daun basil dan kacau hingga daun layu. 


 Selamat mencuba

Perkembangan Projek Kebun Tepi Rumah


Kini hampir dua tahun setengah kami tinggal di Kota Kinabalu. Jika projek kebun tepi rumah pada tahun pertama di KK saya lebih gemar tanam tanpa perancangan.  Tidak banyak jenis sayur yang pelbagai. Tapi hasil banyak dan sempat dikongsi bersama jiran. Untuk kali ini projek kebun saya lebih fokus kepada kepelbagain jenis pokok sayur dan juga membuat konsep taman kebun. Memandangkan kawasan tepi rumah ni berkonsi dengan jiran, jadi saya ambil separuh bahagian sahaja. Rasa seronok pulak bila tengok perkembangan projek kebun saya.


9 Okt 15 - Sudah mula buat raised beds dan dah semai benih sayur terlebih dahulu. Jaring untuk pintu masuk juga dipasang bentuk arch
 
 
19 Okt 15- Saya buat raised bed di pintu masuk. Khas untuk tanam pokok bunga dan pokok hiasan. Supaya nampak lebih cantik dan kemas.
 
 
24 Nov 15 - Impian untuk membuat  kebun dengan konsep tanam kebun menjadi kenyataan.  berkat usaha hasil tangan sendiri.  Syukur dikurnia kesihatan dan kesempatan menyiapkan projek ini.
10 Feb 16- Musim panas tiba, rumput dikeliling kebun mati sebab sudakh lama tidak hujan. Pokok morning glory yang memanjat pintu gerbang juga mati. Yang tinggal subur pokok labu yang menghiasi pintu gerbang.
 
 
Ringkasan butir pembelian bahan
 
Pancang kayu (hijau) - Daiso
Pagar buluh zig zag - Lama dah zaman di KL lagi saya dah ada lupa pulak.
Jaring hijau untuk keliling pagar dan gerbang  - kedai hardware
Batu bata - Kedai hardware
Net hitam - Kedai hardware
 
 

 


Resepi Pais Ikan Dengan Pucuk Mulberry Yang Mudah

Arini saya cuba resepi baru- pais tempoyak ikan tenggiri dan pucuk mulberry. Sedap gak. Sapa yang ada tanam pokok mulberry bole cuba tau.

Blender secawan tempoyak dengan bawang merah, bawang putih, serai, sikit ikan bilis, cili padi, garam. Potong pucuk mulberry dan daun kunyit halus-halus. Gaul bersama ikan. Bungkus dengan aluminium foil. Bakar dalam oven 190C selama 20 minit. Dah siap.
 
Selamat mencuba :)

Baja Roti Memang Berkesan


Inilah baja roti yang dibuat sendiri.
Bahan yang mudah didapati dan berkesan sekali pada pokok.
 
 
Pokok kari yang mula-mula macam nak mati terus subur tumbuh daun menghijau.
 
 
Alhamdulillah. Ini antara ilmu berguna yang saya perolehi di FB dan terbukti berkesan. Jika nak daun pokok2 subur menghijau, gunalah baja roti. Senang ajer buat ni. Ambil beberapa keping roti, yang dah expired pun takpe tau. Carik- carik roti dan masukkan dalam botol berisi air. Saya guna air paip ajer. Ramai yang kata lebih bagus gunakan air hujan atau air tanpa klorin. Tutup botol tersebut dan peram untuk 2-3 hari. Berhati2 bila buka penutup nanti. Ada meletup dan melimpahkan bau yang busuk. sebab roti dah menjadi tapai. Kemudian hasil tapai roti dan air tadi diblender sehingga hancur. Saya tak guna blender, saya goncang botol laju2 sehingga hancur isi tapai roti.  Kemudian bolehlah disiram di pokok atau di tanah. berhati2 kalau rumah jiran terlalu dekat dengan tempat yang disiaram. Ada kawan cerita jiran dia dah komlen sebab bau busuk sangat sehingga ke rumah sebelah.