Showing posts with label Resepi. Show all posts

Resepi Grill Udang Galah Yang Mudah dan Sedap

Syukur tinggal di Sabah, bekalan seafood tak pernah putus. Ni rezeki suami kaki pancing. Kita masak simple ajer - grill udang galah dengan herba itali (grilled giant fresh water prawns with italian herbs)

Perap italian herbs + garam + black pepper + butter. Grill atas pan grill atau masuk dalam oven pun boleh. Suhu 160 C untuk 5-10 minit bergantung jenis oven juga tau.  Jangan terlalu masak nanti hilang manis udang dan menjadi liat.

Selamat mencuba :)


Resepi Pat Gra Pao Gai atau Thai Chicken Basil


Orang Thai selalu makan ni dengan nasi putih dan telur goreng (telur mata). Sedap dan senang dimasak

Resepi
Ayam yg dipotong kecik2
Daun basil/selasih
Bawang putih
Lada/cili padi
Kicap cair
Sos tiram
Sos ikan

 Gula

Tumbuk bawang putih dan lada. Tumis hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul2 hingga sebati. Masukkam kicap cair, sos tiram dan sos ikan. Agak2 ajer sukatan yer jangan banyak nanti masin pulak. Gaul hingga sehingga ayam masak. Masukkan gula sikit. Masukkan daun basil dan kacau hingga daun layu. 


 Selamat mencuba

Resepi Pais Ikan Dengan Pucuk Mulberry Yang Mudah

Arini saya cuba resepi baru- pais tempoyak ikan tenggiri dan pucuk mulberry. Sedap gak. Sapa yang ada tanam pokok mulberry bole cuba tau.

Blender secawan tempoyak dengan bawang merah, bawang putih, serai, sikit ikan bilis, cili padi, garam. Potong pucuk mulberry dan daun kunyit halus-halus. Gaul bersama ikan. Bungkus dengan aluminium foil. Bakar dalam oven 190C selama 20 minit. Dah siap.
 
Selamat mencuba :)

Resepi Ayam Madu Lemon Pedas / Spicy Lemon Chicken



Resepi ini saya sudah share juga di FB di Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Bahan A
Ayam potong sederhana atau kecil
Tepung jangung
Tepung beras
Lada hitam
Lada putih
Garam

Bahan B
Secawan stok ayam @ satu kuib ayam + secawa air
2 sudu besar butter
1 setengah sudu besar tepung jagung
2 sudu besar madu
Sikit minyak bijan

Bahan C
Bawang kisar
2 sudu besar cili blender
2 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa.

Cara:
Gaul semua bahan A dan perap setengah jam. Goreng hingga rangup kekuningan. Angkat ketepikan.

Cairkan butter. Campur dulu semua bahan B. Masukkan ke dalam butter cair. Api sedang. Kacau hingga sebati dan pekat. Ketepikan. (Jika nak buat ayam lemon tak pedas, tambah garam secukup rasa dan tuang ke atas ayam td)

Bahan C pula. Tumis bawang blender hingga naik bau. Masukkan cili blender kacau hingga masak. Masukkan cili sos. Masukkan gula dan garam. Masukkan sos lemon tadi dan kacau hingga sebati. Masukkan semua ayam dan gaul menyeluruh. Angkat dan hidangkan.

Masakan ini sesuai di makan waktu masih panas-panas.

Selamat mencuba :)

Resepi Bubur Tepung Gandum dan Pisang



Ada yang panggil bubur gunting. Ibu selalu buat ni masa kami adik beradik kecik-kecik dulu. Disebabkan adik-adik semua lelaki, menjadi tugas saya dan kakak yang menggunting tepung. Alhamdulillah, dikurnia umur saya panjang, rezeki  dan kesempatan dapat saya buat  untuk anak-anak saya pulak.  Makan bubur ni waktu hujan-hujan memang best sangat.

Resepi Muffin Pisang Yang Sedap dan Mudah

Ini adalah resepi yang saya cari-cari selama ini. BUkan sahaja sedap tapi mudah sangat resepi untuk diingat. Suami saya pula memang terlalu cerewet bila bercakap tentang muffin ini. Dia mahukan yang tidak bentat, tapi tekstur bukan lembut seperti kek. Dia mahukan bentuk muffin itu kembung dan merekah di atas. Resepi ini tepat memenuhi ciri-ciri muffin seperti yang dia mau. Amak-anak pun suka sangat. Belum sempat sejuk, dah ada tangan-tangan yang mengapai.

Resepi dari Food

3 biji pisang saiz sedang
1/2 cawan  gula merah (Food gunakan gula kastor)
1 biji telur
1 + 1/2 cawan  tepung naik sendiri ( Food gunakan tepung biasa ditambah dengan baking powder dan baking soda)
1/3 cawan minyak zaitun (Food gunakan melted butter)
1/2 sudu kecil garam

Hiasan: chocolate chip dan gula tebu (macam rupa gula merah tapi lebih pekat warnanya ini untuk dapatkan permukaan yang crunchy)

Cara:
3 biji pisang dilenyek dan dicampurkan dengan gula. Gaul hingga sebati. Pecahkan telur dan pukul seterusnya dimasukkan ke dalam adunan. Masukkan minyak zaitun dan gaul. Masukkan tepung dan kacau sebati jangan sampai terlebih kacau pula. Masukkan dalam muffin pan. Satu adunan genap-genap dapat 12 biji muffin. Tabur chocolate chips dan gula merah di atas adunan.  Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 minit ( bergantung kepada jenis oven) Biarkan ia sejuk di dalam pan, kemudian baru dihidangkan.

Selamat mencuba :)

Resepi Kulit Pai (Pie Crust) Yang Mudah

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak share resepi yang akan menggembirakan peminat pai. Saya  lebih suka savory pai berbanding pai manis  macam chicken mushroom pie. Sedapnyer... Terbayang dia lalu kat tekak time puasa macam ni. Saya sebenarnya dah beberapa kali mencuba membuat kulit pai tapi hampa dan terus  mneyebabkan saya menjadi pengguna hardcore  pie mix flour. Yang tu memang mudah sungguh, cuma masukkan air dan telur.

Disebabkan kedai tu dah stop penjualan pie mix flour ntah kenapa, jadi saya cuba dan cuba membuat menggunakan pelbagai resepi dari macam-macam sumber dan akhirkan saya menemui resepi yang mudah sambil tutup mata mesti boleh buat.

Resepi kulit pie ini dicedok dari Chow. Memang sedap rasa buttery tapi tidak berminyak. 

 

Cara Hias Bihun Goreng Elmo


Ini adalah antara design food art yang saya suka. Kalau dah buntu sangat dah tak de idea nak buat design apa, bole cuba jenis 'food face'. Kali ni saya buat beehoon goreng Elmo.

Resepi Macaroni Goreng Pedas Yang Sedap Dan Mudah


Untuk mereka yang suka pada masakan pedas dan ringkas serta mengenyangkan, ini jawapannya. Mudah ajer nak buat, bahan pun tak banyak. Versatile sungguh- sesuai  dimakan waktu sarapan, tengah hari, minum petang atau malam.

Bahan:
Macaroni
Sambal tumis paste
Peperoni - boleh gantikan dengan ayam/udang/saudage/sotong dll
Minyak untuk tumis
Bawang merah + bawang putih yang dikisar
Kicap


Caranya:
Rebus macaroni hingga al dente.
Tumis bawang kisar.
Masukkan sambal tumis paste (kalau masukkan lada rebus blender pun bole tapi kena tumis sampai lada masak).
Masukkan peperoni.
Campur macaroni dan kicap seterusnya kacau hingga sebati.

Dah siap. Senang kan? Selamat mencuba.

Katak Melompat Ke Pinggan



 
Tajuk macam seram. Tapi bukan katak pisang atau katak hidup.
Ini katak-katak yang cute. Sayang nak makan kata kawan saya. Mini burger with cheese.
Roti bun saya buat sendiri. Saya tak de spesifik resepi buat bun ini. Sebab husband suka makan roti waktu malam, bila dah selalu, main agak2 sahaja sukatannya.

Resepi Donut Gebu


Saya dah beberapa kali buat donut. Dan beberapa kali itu jugalah menggunakan resepi yang berbeza. Tapi semalam menjadi pula donut saya. Yang ini gebu di dalam, tapi di luar sedikit garing. Kalau dicelup dengan coklat ganache tidak lah dia soggy lembik.  Resepi ni saya dapat di fb, tak tahu sapa pemiliknya. Terima kasih tuan empunya.