Resepi Kulit Pai (Pie Crust) Yang Mudah

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak share resepi yang akan menggembirakan peminat pai. Saya  lebih suka savory pai berbanding pai manis  macam chicken mushroom pie. Sedapnyer... Terbayang dia lalu kat tekak time puasa macam ni. Saya sebenarnya dah beberapa kali mencuba membuat kulit pai tapi hampa dan terus  mneyebabkan saya menjadi pengguna hardcore  pie mix flour. Yang tu memang mudah sungguh, cuma masukkan air dan telur.

Disebabkan kedai tu dah stop penjualan pie mix flour ntah kenapa, jadi saya cuba dan cuba membuat menggunakan pelbagai resepi dari macam-macam sumber dan akhirkan saya menemui resepi yang mudah sambil tutup mata mesti boleh buat.

Resepi kulit pie ini dicedok dari Chow. Memang sedap rasa buttery tapi tidak berminyak. 

 


Yang ini saya buat mini apple pie. Saiz comel-comel untuk anak saya. Separuh inti apple manis, separuh lagi inti apple chocolate. Anak-anak pun suka.
 
 
Resepi
 
Kita guna konsep nisbah. Itu yang best resepi ini sebab mudah ingat dan senang. Jadi terpulang kepada kawan-kawan berapa berat adunan. Nisbah 3:2:1. Macam nisbah campuran tanah untuk tanam pokok pulak.
                                               
  3:2:1 ialah Tepung: Salted Butter Sejuk: Air Sejuk
Contoh: 150gTepung: 100g salted butter sejuk: 50ml air sejuk
 
 
Saya gunakan food prosessor sebab tangan saya cepat panas dan akan mudah cairkan butter jika saya uli pakai tangan. Adunan pie mesti butter dalam keadaan sejuk beku, bukan suhu bilik. Air sejuk yang digunakan tidak bole melebihi berat, saya gunakan kurang dari itu. Masukkan tepung dan butter yang dipotong-potong kecik ke dalam food prosessor, putar. Kemudian masukkan air sejuk sikit demi sedikit sehingga adunan bergumpal dan tidak melekat di dinding food prossesor. Masukkan ke dalam plastik wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30  minit, kalau nak semalaman pun tak pe. Kemudia bolelah dikeluarkan dari petiais dan canai ikut bentuk yang dikehendaki. Bakar dengan suhu 190C tapi masa bergantung dengan  saiz pie. Senang kan. 
 
 


No comments