Cara Hias Bihun Goreng Elmo
12 June 2015
Ini adalah antara design food art yang saya suka. Kalau dah buntu sangat dah tak de idea nak buat design apa, bole cuba jenis 'food face'. Kali ni saya buat beehoon goreng Elmo.
Bahan yang diperlukan
Beehon goreng
Lempeng putih
Lempeng oren
Seaweed- kalau tak de seaweed buat lempeng hitam :)
Senang ajer ni.
Mula-mula tu buat beehon goreng.
Resepi paling mudah:
Tumis bawang merah dan bawah putih yang diblender.
Masukkan lada, kalau ada sambal paste lagi senang dan cepat.
Masukkan sausage/udang/sotong atau sebagaiyer.
Kacau dan campur sedikit garam.
Campur sos tomato.
Masukkan beehon yang telah direndam.
Gaul hingga sebati.
Dah siap.
*** note kalau pakai perencah segera pun better tumis bawang, sambal dan masukkan perencah. jadi lagi sedap dari tumis dengan perencah sahaja.
OK, untuk mata dah hidung ada dua cara. Satu buat egg sheet. Campurkan putih telur dengan sedikit tepung, air dan garam. masakkan seperti telur dadar. Cara kedua buat lempeng. Campurkan tepung, susu/air, garam. Sebab nak guna sikit ajer kan saya pilih cara yang kedua. Separuh buat lempeng putih, dan separuh buat lempeng oren.
Tiba masanya untuk hias.
1. Tuang beehoon ke pinggan dengan cermat membuat bentuk bulat.
2. Gunting lempeng putih buat 2 bulat untuk mata.
3. Gunting lempeng oren bentuk bujur untuk hidung.
4. Gunting seaweed untuk bentuk mulut dan anak mata.
5. Susun mata, anak mata dan mulut di atas beehoon.
Dah siap. Mudah kann? Selamat mencuba :)
loading..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Belum lagi betul2 study lagi on how to make an egg sheet. Kena letak food coloring la kan... hehe...have a great weekend Mas!!!
ReplyDeleteAda cuba jugak tapi susah nak jadi yg licin. kena cuba banyak2 kali kot.
DeleteTQ :)