Golden Sand Resort Penang Memang Best

 
Menang best. Pertama sekali servis yang terbaik. Kami pergi  bercuti 'sekampung', dalam ramai budak-budak tu biasa lah dengan bisingnyer dengan air tumpah sini sana, Staf melayan kami dengan senyum ajer. Tapi tak tau la kan dalam hati kot pot pet pot pet marahkan budak-budak ni.  Bila masuk bilik, ada staf datang bagi sejadah siap dalam plastik dobi. Wangi bila sujud. Bilik besar dan selesa. Bilik air pun best. Permandangan dari balkoni cantik. bangun pagi bila tengok luar rasa macam tak nak balik rumah. ehheeee... lain macam jer permintaan tu.


Antara yang best lagi time breakfast makanan dia macam-macam. Bila nak masuk tu just Tanya nombor bilik, tak de la staf dia nak kira-kira berapa budak yang kami ada. Almaklum atang ramai-ramai ni anak-anak buah kadang ikut kita atau anak kita ikut mak sedara dia.

Budak-budak memang akan suka la sebab aktiviti penuh disusun setiap hari. Siap ada indoor playground yer. Ada kuda sekali yer.  Nak makan senang banyak restoran dan warung keliling. Kalau makan order kat bilik pun sedap. Kena cuba burger dia. Terbaik. Bila malam kami keluar jalan ke night market betul-betul di luar hotel.

Memang terbaik, mesti akan datang lagi. InsyaAlah.

No comments