Selalu masa mengandung, kita tak confident amik gambar kan. Banyak sebabnya. Sebab badan sudah kembang. Hidung sudah kembang. Kulit retak sana sini. Ada bahagaian badan dan muka menjadi hitam. Ada yang naik jerawat. Mood pulak selalu berubah.
Dalam empat kali mengandung, ini gambar terbaik bagi saya. Terbaik sebab pakai enpun sahaja. Tak perlu upah jurufoto professional dengan bayaran yang beratus-ratus. OK. OK. Memang diakui la kalau guna jurufoto professional gambar lagi ba ba boom kan. Ini kira yang budget pregnancy photo shoot la. Ini throwback. Ketika megandungkan Alya sewaktu 6 bulan. Lokasi di Penang Street Art.
Sedikit tips untuk menjayakan operasi ini.
1. Mood kena happy baru datang air muka keriangan itu.
2. Pilih latar belakang yang mempunyai warna atau tekstur yang kontrast ini dapat mengelakkan titik tumpuan kepada perut atau dada.
3. Memakai pakaian dan kasut yang selesa.
4. Cuba berdiri atau duduk beberapa gaya yang berbeza
5. Pilih lokasi yang ada natural light, tempat terang.
Nampak tak betapa lighting memberi impak yang besar. Ini kalau saya pakai kain batik dah macam cite Nang Nak pulak. Buat seram ajer.
Harap tips dapat membantu momies semua :)
Bila bergambar ditempat yang menjadi tumpuan, sekurang2nya perhatian teralih.. ;)
ReplyDelete