Katak Melompat Ke Pinggan



 
Tajuk macam seram. Tapi bukan katak pisang atau katak hidup.
Ini katak-katak yang cute. Sayang nak makan kata kawan saya. Mini burger with cheese.
Roti bun saya buat sendiri. Saya tak de spesifik resepi buat bun ini. Sebab husband suka makan roti waktu malam, bila dah selalu, main agak2 sahaja sukatannya.


Resepi dan cara seperti ini.
Campur sepeket yis dan dua sudu gula dan air masak. Biarkan kembang.
Campur 500g tepung wholemeal dengan sebiji telur, dan yis yang telah kembang.
Gaul dan uli sehingga sebati. Campur air sedikit jika perlu sehingga doh berkumpul tidak melekat di tepi mangkuk.
Biarkan 45 minit sehingga kembang 2 kali ganda.
Bahagiakan kepada beberapa bahagian (ikut saiz yang kita mau).
Ambil bahagian yang nak dibuat katak, campur dengan pewarna makanan hijau. Buat 2 bulat kecik untuk diletakkan di atas menjadi mata. Biarkan kembang sekali lagi.
Bakar dalam oven 190C selama 30 minit (ikut saiz bun dan jenis oven).
Potong dua dan letakkan daging burger dan cheese. Hiaskan mata dan mulut dengan coklat ganache.
Siap :)

*bole guna tepung high protein tapi saya guna wholemeal untuk tekstur menggerutu kulit katak.

Selamat mencuba

No comments