Semangat Berkebun Semula


Semenjak saya mengandung tahun lepas, kebun di tepi rumah terbiar kurang kasih sayang. Pancang pokok semua senget dan plastic teduhan berterbangan. Disebabkan nampak semak, suami saya kemas habis rata semua pokok saya. Yang tinggal sebekas pokok bayam malabar dan sepokok tomato. Sedih juga masatu.

Sepanjang mengandung memang cemburu tengok kawan berkebun dengan hasil sayur masing-masing. Ibu saya yang sempat jaga saya  berpantang dua minggu dah bising berpesan jangan mencangkul sebab dia tahu saya ketagihan.  Sekarang sudah nak masuk empat bulan selepas operation bersalin, saya rasa confident nak berkebun semua. . Saya mula semai benih-benih yang tersimpan dulu. Manatau masih boleh digunakan lagi.  Asal ada bawang bertunas pun saya cucuk ke tanah.

 
Alhamdulillah, kesum yang saya rendam mula berputik.
Happy sangat.

1 comment

  1. Bila dah sihat dan kuat baru rasa seronok nak melasak balik..

    ReplyDelete