Tips Supaya Mudah Membuat Bento Untuk Anak Setiap Hari

Saya respect pada momies berkerja yang mampu buat bento setiap hari. Saya yang surirumah pun kadang-kadang ada yang terlepas. Saya akan menyediakan bento anak-anak sekiranya Alya dan Iman masih tido waktu pagi. Ada yang tanya pukul berapa bangun tetiap pagi untuk buat bento. Masa bangun tu bergantung kepada detail hiasan bento yang dikehendaki. Semakin komplek hiasan, semakin awal bangun pagi. Kali ini saya share bento seminggu untuk  anak-saya Amirul dan Arman.




Tips agar kita berjaya dan komited membuat bento anak setiap hari:
1. Rancang lebih awal menu  yang dikehendaki. Kalau boleh pada waktu weekend beli siap-siap bahan yang diperlukan untuk seminggu.
2. Sebelum tido malam, fikirkan dan buat keputusan tema hiasan untuk esok.
3. Beli tools bento bagi memudahkan kita membuat hiasan seperti mold bentuk beruang dan puncher seaweed.
4. Buat dessert lebih awal. Kalau cupcakes buat awal sehari. Kalau brownies dan jelly bole bertahan selama  sehingga 3-4 hari disimpan di dalam petiais.
5. Rajin melihat cara-cara/tutorials membuat bento di youtube supaya kita dapat budget masa untuk menyiapkan bento.
6. Buat paste lebih awal. Contoh paste yang mudah- sambal, kuah masak kicap.
7. Kunci jam untuk bangun lebih awal. Ini penting. Kalau dah lambat bangun camne nak buat bento. yer dak?
8. Join group bento di FB supaya kita dalam mencontohi/ mengambil aura/ mendapat inspirasi dari  mommies yang lain.
9. Follow blog atau instagram berkenaan dengan bento. Search keywords bento, obento, foodart, facefood, kidsmeal, lunchbox, kidsmeal, kidsfood dan lain-lain.
10. Selalu fikirkan kebaikan bento kepada anak-anak - makanan lebih berkhasiat, lebih enak, lebih bersih, lebih jimat dan macam-macam lagi.
11. Beli beberapa bentuk bento box (bulat/petak) supaya dapat  mempelbagaikan bento mengikut tema hiasan.

Semoga tips ini dapat membantu mommies/daddies berjuang membuat bento setiap pagi.
Good luck :)



1 comment

  1. salam dear, may i know where u buy the bento box MARVEL together with fork?

    ReplyDelete