11 Khasiat Bendi/Okra

 
Ini bendi merah yang saya tanam tahun lepas. Benihya saya beli di nursery di Wangsa Maju sebelum berpindah ke Sabah. Saya semai dulu benih di bekas semaian. Bila dan besar sikit terus dipindahkan ke tanah. Batang, urat daun dan dahan pokok berwarna merah. Bunga berwarna kuning sama seperti bendi hijau.


Warna merah bendi ni tak kekal. Bila kita masak bertukar warna hijau. Khasiat bendi merah ni sama saja dengan bendi hijau. Ada banyak khasiat bendi ni. Di sini saya listkan 11 sahaja.

1.  Bendi merupakan antara sayur yang mengandungi vitamin A dan anti oksida yang sangat tinggi yang bagus untuk mata dan kulit.

2. Fiber bendi dapat menstabilkan kandungan gula dalam badan.

3. Fiber bendi bagus untuk proses penghadaman dan membantu membuang air besar lebih senang.

4. Bendi mengandungi minyak yang dapat mengikat lebihan toxin dan kolestrol.

5. Fiber bendi bagus untuk probiotik  dalam badan.

6. Bendi bagus untuk mereka yang selalu berasa penat dan mengalami tekanan.

7.  Bendi juga membantu memulihan ulser.

8. Bendi membantu mereka yang mengalami jangkitan paru-paru an sakit tekak.

9. Bendi bagus untuk mereka yg mengidap asma.

10. Bendi dapat mengelakkan kencing manis.

11. Bendi berkhasiat dalam melindungi kulit dari jerawat  dan menjadikan kulit lembut dan licin.

Ada banyak lagi khasiat bendi yang saya baca  di Healthy Food Team. Jadi marilah kita makan bendi selalu. Lagi bagus mari kita beramai- tanam bendi. Lebih sedap, berkhasiat dan organic.

1 comment