Terapi untuk Iman di Sabah


Alhamdulillah, Iman dah besar sekarang, dah hampir setahun dah pandai jalan. Cuma masih belum berlari. Lari bagi dia adalah jalan cepat. OK juga lah tu Iman. Ibu tetap sayang Iman. Terapi fizikal pun dah tak perlu lagi. Cuma yang ada terapi cara kerja dan terapi pertuturan. Ada juga kawan-kawan Iman yang 5 tahun tapi masih belum bercakap, ada juga yang petah. Memang kanak-kanak Williams Syndrome tidak sama perkembangan. Bagi saya kita raikan yang mana ada perkembangan walaupun sedikit. Itu yang penting. Yang lain kita kena lebih bersabar dan berdoa.


Iman jalani terapi di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas. Memang terbaik lah staf dan doktor di sana. Memang kebanyakan peramah dan sentiasa senyum. Selagi bole membantu dan memudahkan kerja mereka akan tolong. Kalau setakat tunjuk jalan ikut kita dari satu bangunan ke bangunan lain memang normal lah tu. Perkhidmatan memang A saya bagi. Pernah juga kami 'berkampung' sebab Iman ada banyak temujanji dalam satu hari. Dari pagi sampai petang. Bila kami tuggu di depan klinik. Nurse tanya dengan bimbang takut-takut mereka terlepas pandang temu janji Iman pada waktu pagi. Sungguh prihatin sekali.

1 comment

  1. Hilang rasa letih bila dapat layanan terbaik dari mereka.. ;)

    ReplyDelete