Demam Bento Melanda

 
 
Terjebak saya sudah dengan mommies yang buat bento untuk anak-anak. Memang ramai mommies yang sediakan bekal untuk anak-anak, siap ada kelab lagi tau di FB. Antara sebab utama untuk pupuk makan makanan yang berkhasiat disamping dapat menjimatkan belanja. Semenjak barang-barang naik harga, ada jugak mommies yang siap pergi ke kantin sekolah anak tengok harga dan kualiti makanan di kantin. Kata mereka mahal berbading apa yang dijual. Lagipun jika bawa bekal anak lebih dapat makan dengan tenang sebab tak perlu bergasak beratur membazir masa.  Masa mula-mula saya siap hantar bento ke sekolah temankan anak makan waktu rehat sebab takut diorang bawak sampai sekolah tak rupa macam apa yang disediakan. Almaklumlah boys kan.... Sekarang ni saya tengok diaorang bawak dengan cermat sebab kawan-kawan dan cikgu selalu tanya harini bawak bekal bentuk apa hehehhe....
 

Menu atas: Fried spaghetti, jagung rebus, tembikai.
Menu bawah: sandwich, anggur, grilled sausage, pudding roti.

1 comment

  1. Bukan je anak2 teruja.. kawan2 yg tgk bekal macam tu pasti mintak sikit.. ;)

    ReplyDelete