Puasa dan saya

Alhamdulillah
Dipanjangkan umur dapat menikmati Ramadhan pada tahun ini. Tahun lepas memang bermakna sekali. Kali pertama kami berpuasa di Sabah. Kira yang paling jauh di perantauan setakat ini untuk saya dan anak-anak. Macam suami dia dah biasa. Pada tahun lepas memang mencatat kenangan yang tersendiri dan akan saya kenang sampai bila-bila.


 
 
Tiga hari sebelum raya, saya terjatuh di tepi longkang di rumah jiran. Tidak lah dalam sangat longkangnya. Tapi nampak kelakar lah jugak cara saya jatuh. Sempat memandang sekeliling takut ada yang ternampak dan pura-pura ceria menahan sakit. Ini semua gara-gara kelam kabut untuk menghantar Leo (kucing) ke vet.  Dalam sakit-sakit tu, sempat lagi ke vet, dah la si Leo ni berat, ditambah pula dengan berat sangkar. Bila balik rumah buku lali dah membengkak. Terus saya ke hospital.
 
Satu soalan dari staf hospital yang membuat saya tergamam sebelum buat x-tray di kaki, 'Puan, last period bila?'  Terkebil-kebil saya menconggak hari di kepala. Alamakkk macam mana boleh sempat habis puasa kali ini yer... Esok tu saya kerah suami untuk beli pregnancy test kit. Positif!!!
Alhamdulillah. Serius saya tak tahu yang saya preggie. Sibuk berkebun, berlari sana sini. Raya jadi tak berapa seronok sebab kaki saya bersimen sebulan. Itu pun main seret-seret jugak kaki sebab kena bantu suami masak juadah raya. Nasib baik dia pandai masak. Kalau tak jamu kuih raya ajer la pada tetamu. Dalam keadaan bersimen kaki pun saya gatal nak berjalan raya. Tak boleh tahan memandangkan terbayang juadah istimewa di rumah kawan-kawan.


Selamat berpuasa kepada semua pembaca.
(ada ke idak pembaca blog ni hehehhhehe)

No comments