Cara Setup Dan Membuat DIY Backdrop Food Photography Yang Mudah

Iftar semalam. Menu nasi hujan panas dan ikan panggang, salsa pedas, jejari ketam goreng dan sup ayam.
Pavlova untuk Triple Sprinkles (link di atas)

Ayam penyet (tauhu dan tenpe tak de)

Kali ini saya nak bagi tips cara membuat DIY backdrop untuk food photography agar makanan nampak lebih menarik, cantik dan menyelerakan. Mungkin bagi anda yang follow akaun istagram (@triple_sprinkles) akan nampak kesemua makanan yang saya snap menggunakan backdrop yang sama. Semua gambar diambil seolah-oleh saya mempunyai rustic pallet table di rumah seperti ini.
 
Photo dari 99 Pallets

Ini memang meja idaman saya. Saya minat sangat dengan meja atau perabot papan macam ni. Buat masa ini masih belum mampu memiliki, atau belum mampu buat sendiri.  Untuk dapatkan backdrop umpama makanan diletakkan di atas meja seperti itu mudah sahaja.
 
Dapatkan enam  keping wood pallets. Saya beli di Daiso sahaja. Sekeping RM5. Kalau  beli di hardware mungkin lagi murah, beli sekeping papan panjang dan potong sendiri. Tapi kena berus dengan kertas pasir dulu. Yang saya beli di Daiso ini dah memang licin dan berwarna cerah, jika anda hendak  wood pallets ini berwarna lebih coklat, beli varnish dan sapu dengan berus di permukaan. Saya gunakan begitu sahaja.
 
 
Di Daiso ada dua saiz, tebal dan pendek serta panjang dan nipis. Saya gunakan yang pendek untuk dijadikan alas/lantai manakala yang panjang digunakan untuk sisi/dinding. Susun kesemua di atas meja berdekatan dengan tingkap untuk mendapatkan natural light.
 
 
Boleh  juga  anda gam  kesemua wood pallets di atas sekeping papan/cardboard tebal untuk jadikanya sekeping wood pallet lebar tapi saya biarkan macam ni agar mudah saya terbalikkan jika kotor nanti. Anda boleh juga cat dengan warna yang disukai. Dapatkan gabus lebar untuk letak di sebelah kiri (di sebelah kanan adalah tingkap) agar ia dapat memantulkan cahaya ke bahagian kiri makanan. Ini dapat mengelakkan bahagian kiri makanan manjadi gelap. Mudah kan? Mari lihat gambar-gambar kek saya menggunkan DIY backdrop ini.
 
 
 
 Selamat mencuba ;)


 

No comments