Mari Buat Sendiri 'Self-Watering Container'



Raya tak lama lagi. Mesti ramai yang akan balik bercuti. Bagi yang balik bercuti lama, mesti risau nak tinggalkan sayur dan pokok-pokok bunga terutama anak-anak pokok yang baru bertunas. Untuk menyelesaikan masalah dan kerisauan itu, mari kita buat 'self-watering container'. 'Self-watering container' membolehkan pokok  tidak perlu disiram kerana ada bekalan air sendiri.


Bahan-bahan yang diperlukan
1. Botol air mineral
2. Pisau
3. Span akuarium
4. Tanah
5. Anak pokok


1. Potong botol kepada dua bahagian. Potong span akuarium memanjang dan masukkan ke dalam mulut botol. Span akuarium berharga RM2 satu paket, boleh dipotong kepada 14 bahagian.

2.  Terbalik dan cantumkan ke dua-dua bahagian (mulut botol ke bawah)

3. Masukkan tanah, pindahkan anak pokok perlahan-lahan ke dalam bekas. Jangan sampai terpatah akar pokok. Kambus dan padatkan keliling  anak pokok.

4. Isi air di bahagian bawah takungan. Pastikan span mencicah air takungan.  Siram pokok perlahan-lahan, perhatikan jika air berlebihan meleleh keluar ke bawah takungan. Jika bertakung di bahagian tanah, tekan span di mulut botol untuk membuat ruang air keluar.

Sekiranya pokok besar memerlukan bekas/pasu yang besar juga sesuai dgn saiz pokok. Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya buat projek ini. Saya akan update keadaan pokok-pokok setelah balik bercuti nanti ya.

Selamat mencuba :)

2 comments

  1. kak mas! baru perasan ada blog baru

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, boleh saya tahu anak pokok apa yang sesuai untuk self watering plant ni? macam berminat utk cuba kaedah ni

    ReplyDelete