Cara Semai Biji Benih

Ini saya kongsikan cara asas tanam benih. Perkara utama jangan takut hendak mencuba jika ini percubaan kali pertama. Setiap anak benih mengambil masa yang berbeza ikut jenis. Kalau jenis sayur-sayuran lebih cepat bercambah berbanding dengan sayur jenis bebuah.

Bahan-bahan yang diperlukan.

1. Bekas semaian - bole guna bahan kitar semula  seperti kotak minuman, bekas letak telur, botol dan sebagainya. saya gunakan cawan kertas cupcakes yang telah digunakan ( saya dah guna buat lengkong).

2. Tanah- untuk semaikan memadai tanah hitam. Tapi lebih bagus tanah campuran. Ada dijual di nuseri sebab lebih berkhasiat. Tanah hitam dijual dengan harga RM4 manakala tanam campuran RM7.

3. Biji benih - Dah ramai jual benih online sekarang. Saya selalu beli di tanamsendiri.com. Kalau join group gardening di FB, siap ada member offer benih free lagi.

Sekarang mari kita mula semai.



1. Tebuk/ buat lubang di bawah bekas semaian. Tujuan lubang ini untuk mengeluarkan air berlebihan.

2. Masukkan tanah, dan letakkan beberapa biji benih dalam satu bekas. Tujuannya ada kemungkinan benih yg kita letak rosak. Tak semua benih yang kita tabur akan bertunas. Memadai letak 3 benih.

3. Kambus biji benih dengan tanah. Siram air perlahan-lahan dan pastikan air berlebihan keluar melalui lubang di bawah. Jika bertakung maknanya kena besarkan atau tambah lubang.

4. Ini adalah anak pokok tomota yang telah bertunas selepas 4-5 hari.

Sedikit tips. Bila  berkebun kita kena jaga mereka dengan kasih sayang. Sentiasa bercakap, memuji dan memberi kata semangat pada benih/pokok. Mungkin ada yang rasa kelakar tapi percayalah, jika pokok-pokok pun boleh bertasbih memuji Allah, tidak mustahil mereka mendengar apa yang kita katakan kepada mereka.

Selamat mencuba :)

No comments