Resepi Muffin Pisang Yang Sedap dan Mudah

Ini adalah resepi yang saya cari-cari selama ini. BUkan sahaja sedap tapi mudah sangat resepi untuk diingat. Suami saya pula memang terlalu cerewet bila bercakap tentang muffin ini. Dia mahukan yang tidak bentat, tapi tekstur bukan lembut seperti kek. Dia mahukan bentuk muffin itu kembung dan merekah di atas. Resepi ini tepat memenuhi ciri-ciri muffin seperti yang dia mau. Amak-anak pun suka sangat. Belum sempat sejuk, dah ada tangan-tangan yang mengapai.

Resepi dari Food

3 biji pisang saiz sedang
1/2 cawan  gula merah (Food gunakan gula kastor)
1 biji telur
1 + 1/2 cawan  tepung naik sendiri ( Food gunakan tepung biasa ditambah dengan baking powder dan baking soda)
1/3 cawan minyak zaitun (Food gunakan melted butter)
1/2 sudu kecil garam

Hiasan: chocolate chip dan gula tebu (macam rupa gula merah tapi lebih pekat warnanya ini untuk dapatkan permukaan yang crunchy)

Cara:
3 biji pisang dilenyek dan dicampurkan dengan gula. Gaul hingga sebati. Pecahkan telur dan pukul seterusnya dimasukkan ke dalam adunan. Masukkan minyak zaitun dan gaul. Masukkan tepung dan kacau sebati jangan sampai terlebih kacau pula. Masukkan dalam muffin pan. Satu adunan genap-genap dapat 12 biji muffin. Tabur chocolate chips dan gula merah di atas adunan.  Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 minit ( bergantung kepada jenis oven) Biarkan ia sejuk di dalam pan, kemudian baru dihidangkan.

Selamat mencuba :)

No comments