Baja Roti Memang Berkesan


Inilah baja roti yang dibuat sendiri.
Bahan yang mudah didapati dan berkesan sekali pada pokok.
 
 
Pokok kari yang mula-mula macam nak mati terus subur tumbuh daun menghijau.
 
 
Alhamdulillah. Ini antara ilmu berguna yang saya perolehi di FB dan terbukti berkesan. Jika nak daun pokok2 subur menghijau, gunalah baja roti. Senang ajer buat ni. Ambil beberapa keping roti, yang dah expired pun takpe tau. Carik- carik roti dan masukkan dalam botol berisi air. Saya guna air paip ajer. Ramai yang kata lebih bagus gunakan air hujan atau air tanpa klorin. Tutup botol tersebut dan peram untuk 2-3 hari. Berhati2 bila buka penutup nanti. Ada meletup dan melimpahkan bau yang busuk. sebab roti dah menjadi tapai. Kemudian hasil tapai roti dan air tadi diblender sehingga hancur. Saya tak guna blender, saya goncang botol laju2 sehingga hancur isi tapai roti.  Kemudian bolehlah disiram di pokok atau di tanah. berhati2 kalau rumah jiran terlalu dekat dengan tempat yang disiaram. Ada kawan cerita jiran dia dah komlen sebab bau busuk sangat sehingga ke rumah sebelah. 

 
 
 

1 comment

  1. salam...biasanya saya peram selama seminggu baru saya gunakan

    ReplyDelete