Cara Tanam Pokok Tomato

Kali ini saya nak kongsi cara tomato. Cara tanam sama sahaja jika tanam di dalam bekas atau di tanah.  Tips cara penanam ini telah saya kongsi di page Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri di FB. Ini cara saya, mungkin orang lain berbeza caranya.

1. Semai benih. Tabur benih dan tabur sikit tanah di atas. Atau potong/slice tomato yg ada biji dan letak di tapak semaian di tempat teduh tp masih dapat sinaran matahari.

 2. Sembur2 dengan air pagi dan petang.

 3. Dalam seminggu... lebih akan bercambah. 

4. Biarkan hingga 4-5 helai daun pastu pindahkan ke bekas lebih besar. Atau jarak2 kan di atas batas.


 5. Bila membesar potong daun atau dahan kecil yg tumbuh dia pangkal pokok. 


 6. Letak baja sekali 2 minggu atau sebulan sekali. Hampas kopi pun bagus untuk tumbesaran pokok. 


 7. Selalu belek pokok jika ada ulat atau serangga bersarang. Buang daun yg rosak yg diserang ulat. Nanti berjangkit. 


 8. Tepuk2 (babab kata budak2) batang dipangkal. Saya tengok ni cara omputeh di youtube. Ada yang kata untuk pendebungaan, ada jugak yg kata kasi nutrient dalam pokok lebih cepat menyerap.  Saya babab diorg dengan surat khabar.


 9. Bila dah berbunga nanti akan bertukar menjadi buah. 


 10. Puji dan bagi kata2 semangat pada pokok -petua org dulu2. 


 11. Selamat mencuba :)


 
Antara hasil tomato saya sekarang.
Syukur alhamdulillah
 

2 comments

  1. Alhmdulillah...dan tk atas tip berguna...harta akhirat...semoga jadi panduan pd ramai org...insyaallah

    ReplyDelete
  2. Alhmdulillah...dan tk atas tip berguna...harta akhirat...semoga jadi panduan pd ramai org...insyaallah

    ReplyDelete