Perkembangan Projek Kebun Tepi Rumah


Kini hampir dua tahun setengah kami tinggal di Kota Kinabalu. Jika projek kebun tepi rumah pada tahun pertama di KK saya lebih gemar tanam tanpa perancangan.  Tidak banyak jenis sayur yang pelbagai. Tapi hasil banyak dan sempat dikongsi bersama jiran. Untuk kali ini projek kebun saya lebih fokus kepada kepelbagain jenis pokok sayur dan juga membuat konsep taman kebun. Memandangkan kawasan tepi rumah ni berkonsi dengan jiran, jadi saya ambil separuh bahagian sahaja. Rasa seronok pulak bila tengok perkembangan projek kebun saya.


9 Okt 15 - Sudah mula buat raised beds dan dah semai benih sayur terlebih dahulu. Jaring untuk pintu masuk juga dipasang bentuk arch
 
 
19 Okt 15- Saya buat raised bed di pintu masuk. Khas untuk tanam pokok bunga dan pokok hiasan. Supaya nampak lebih cantik dan kemas.
 
 
24 Nov 15 - Impian untuk membuat  kebun dengan konsep tanam kebun menjadi kenyataan.  berkat usaha hasil tangan sendiri.  Syukur dikurnia kesihatan dan kesempatan menyiapkan projek ini.
10 Feb 16- Musim panas tiba, rumput dikeliling kebun mati sebab sudakh lama tidak hujan. Pokok morning glory yang memanjat pintu gerbang juga mati. Yang tinggal subur pokok labu yang menghiasi pintu gerbang.
 
 
Ringkasan butir pembelian bahan
 
Pancang kayu (hijau) - Daiso
Pagar buluh zig zag - Lama dah zaman di KL lagi saya dah ada lupa pulak.
Jaring hijau untuk keliling pagar dan gerbang  - kedai hardware
Batu bata - Kedai hardware
Net hitam - Kedai hardware
 
 

 


1 comment

  1. Saya juga minat berkebun kak..boleh jadikan inspirasi ni..tq for sharing

    ReplyDelete