Handmade Baby Headbands For Alya


Alhamdulillah... Umpama bunga-bunga kembang mekar di taman.
Siap juga akhirnya. Cuma tinggal warna purple dan bunga songket untuk hari raya nanti. My next DIY projects are matching booties and bloomers.
Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

Update Lobak Merah Yang Direndam


Berita terkini  lobak merah yang saya rendam tempoh hari.
Mati sudah. Sedih  sangat ni. Masuk hari ke 9, sepokok lobak merah dah terkorban. Jadi saya pindahkan sebekas lagi ke tanah.


Esoknyer (hari ke-10) yang ditanam ini pun mati jugak.
Tak de rezeki. tapi saya akan cuba lagi lain kali.

Cara Setup Dan Membuat DIY Backdrop Food Photography Yang Mudah

Iftar semalam. Menu nasi hujan panas dan ikan panggang, salsa pedas, jejari ketam goreng dan sup ayam.
Pavlova untuk Triple Sprinkles (link di atas)

Ayam penyet (tauhu dan tenpe tak de)

Kali ini saya nak bagi tips cara membuat DIY backdrop untuk food photography agar makanan nampak lebih menarik, cantik dan menyelerakan. Mungkin bagi anda yang follow akaun istagram (@triple_sprinkles) akan nampak kesemua makanan yang saya snap menggunakan backdrop yang sama. Semua gambar diambil seolah-oleh saya mempunyai rustic pallet table di rumah seperti ini.
 
Photo dari 99 Pallets

Puasa dan saya

Alhamdulillah
Dipanjangkan umur dapat menikmati Ramadhan pada tahun ini. Tahun lepas memang bermakna sekali. Kali pertama kami berpuasa di Sabah. Kira yang paling jauh di perantauan setakat ini untuk saya dan anak-anak. Macam suami dia dah biasa. Pada tahun lepas memang mencatat kenangan yang tersendiri dan akan saya kenang sampai bila-bila.


 
 

Bento Tiga hari Sebelum Ramadhan

 
 
Ni hari Isnin, dah la terlewat bangun, nasib sempat siap juga.   Paling senang buat design macam ni. Masukkan nasi dalam mangkuk kecik. Ni saya guna acuan cookies cutter, masukkan nasi panas dan padatkan. Potong bulat dan panjang  seaweed untuk mata. Ini kepala Baymax watak filem animasi Big Hero 6. Saya pun tak pernah tengok citer ni tapi nasib anak-anak dah tengok jadi tak le pelik tanya. Menu: nasi putih, sayur campur goreng tepung, sambal udang dan muffin pisang.
 
 
Ini  untuk hari Selasa,  design pun senang tapi up sikit dari Baymax semalam.  Menu: nasi putih, sotong tempura, sweet sour crab stik dan muffin. Tetiap malam sekarang buat muffin sebab  Iman mintak. Buat satu adunan ngam2 dapat 12 ketul. Nanti saya share resepi muffin ni. Mudah aje.
 
 


Sehari sebelum puasa, kita makan nasi lemak. Beriya buat 6 ekor burung jambul tu   mrmmmm... terus lambat siap. Jam 9:20 pagi kena ke sekolah hantar bento. Ditambah pula ada yang nak apple pie.  Nasib la sekolah dekat  ngan rumah. Burung tu memang kena praktis lagi nampaknya sebab tak kemas pecah sana sini. Mata pakai seaweed, paruh guna carrot dan jambul pakai lada.

Alhamdulillah.... selesai bento 3 hari. Rehat berbento sebulan lebih.
InsyaAllah, ada rezeki, sihat dan umur panjang kita sambung lagi lepas raya nanti.

Cara Tanam Lobak Merah (Carrot) paling Mudah


Alhamdulillah. Ini perkembangan hari ke-4.
Mudah ajer tanam lobak merah ni. Potong bahagian hujung lobak merah dan rendam. Nanti akan tumbuh tunas baru. Ini kali pertama tanam cara macam ni. Sebelum ini guna benih, lama saya biarkan berdaun tapi sampai 5 bulan bila cabut kecik sangat la pulak lobak dia. Kali ini nanti kita tengok macam mana. Akan saya update :)

Bila Lanun dan Arnab Bertemu


Menu: sandwich. grilled sausage, strawberry jelly dan anggur.

Ini la akan terjadi bila anak tertinggal bekal di sekolah. Dah kena fikir design bento yang berbeza.
Anak ke-2 saya Arman memang selalu cicir bento box kat sekolah. Ada dah lebih dari 5 kali kot. Memang sampai saya merajok-merajok. Bukan sebab sikap terlupa itu yang buat saya geram. Tapi sikap ambil tak peduli dan tak memikul tanggugjawab. Bila dia tertinggalkan bento box, memang panjang lah saya bersyarah, dari bab jangan membazir, sampailah bab tanggungjawab bila besar kena jaga Iman bla.. bla.. bla... Mungkin dia baru 8 tahun, hopefully tahun depan dia dah berubah. InsyaAllah.

Sejak jadi surirumah, sejak anak tengah naik membesar ni, saya perasan makin kuat saya membebel.
Tak suka, tapi terpaksa :)

Cara Hias Bihun Goreng Elmo


Ini adalah antara design food art yang saya suka. Kalau dah buntu sangat dah tak de idea nak buat design apa, bole cuba jenis 'food face'. Kali ni saya buat beehoon goreng Elmo.

Pisang Goreng Cheese Paling Sedap di Sabah


Amikko
Melempah dia punya cheese
Nanges laaaa sapa tak dapat ni

Ketagihan ni bermula masa peknenkan Alya. Dapat terus makan dalam kereta, tak dapat nak tunggu sampai rumah tu. Sedappppp sangat nih. Senyum-senyum bila makan.  OK, yang di sekitar Kota Kinabalu boleh dapatkan goreng pisang cheese ni di Apartment Taman Melewar Kota Kinabalu. Nasib ohh dekat jugak ngan Teluk Sepangar. Kalau tak memang jurai-jurai lah air mata. huhuuuhuuuu 

Sebenarnya fonomena pisang goring cheese ni dah lama kat Sabah. Kira 5 tahun lepas dah ada orang jual kat sini. Katanya fonomena pisang goring cheese ni menular dari Indonesia. Entah, tak sure.  Kat Semenanjung jer baru setahun dua ni menggila kat sana.

Kat Taman Melewar tu, dia jual macam-macam jugak, ada cheese oreo, ada cheese spirinkles. Siap bole buat delivery tu. Nanti saya dapatkan nombor telefon, kasi update di sini yer. Petang ni nak gi beli lah.. dah tetelan-telan air liur tengok gambo ni. aiseyyyy...

Tips Supaya Mudah Membuat Bento Untuk Anak Setiap Hari

Saya respect pada momies berkerja yang mampu buat bento setiap hari. Saya yang surirumah pun kadang-kadang ada yang terlepas. Saya akan menyediakan bento anak-anak sekiranya Alya dan Iman masih tido waktu pagi. Ada yang tanya pukul berapa bangun tetiap pagi untuk buat bento. Masa bangun tu bergantung kepada detail hiasan bento yang dikehendaki. Semakin komplek hiasan, semakin awal bangun pagi. Kali ini saya share bento seminggu untuk  anak-saya Amirul dan Arman.


Resepi Macaroni Goreng Pedas Yang Sedap Dan Mudah


Untuk mereka yang suka pada masakan pedas dan ringkas serta mengenyangkan, ini jawapannya. Mudah ajer nak buat, bahan pun tak banyak. Versatile sungguh- sesuai  dimakan waktu sarapan, tengah hari, minum petang atau malam.

Bahan:
Macaroni
Sambal tumis paste
Peperoni - boleh gantikan dengan ayam/udang/saudage/sotong dll
Minyak untuk tumis
Bawang merah + bawang putih yang dikisar
Kicap


Caranya:
Rebus macaroni hingga al dente.
Tumis bawang kisar.
Masukkan sambal tumis paste (kalau masukkan lada rebus blender pun bole tapi kena tumis sampai lada masak).
Masukkan peperoni.
Campur macaroni dan kicap seterusnya kacau hingga sebati.

Dah siap. Senang kan? Selamat mencuba.

Cara Hias Nasi Impit dan Sup Ayam Sayur Yang Comel


Untuk buat bentuk ikan ini mudah sahaja.

1. Rebus ketupan segera paket besar.
2. Untuk bahagian badan potong (slice) ikut berapa tebal yang kita mau. Bentuk ikan ini adalah bentul asal ketupat segera.
3. Potong (slice) satu bahagian untuk buat ekor dan sirip atas dan bawah.
4. Gunakan cookies cutter bentuk bulat dan terap untuk dapatkan bentuk yang dikehendaki.
5. Cucuk batang daun sup untuk mata.
6. Seheai daun sup untuk sirip badan.
7. Potong nipis carot untuk mulut.
8. Masak sup  ayam dan sayur.
9. Susun sayur dan ayam di bahagian bawah ikan.
10. Tuangkan sup perlahan2.

11 Khasiat Bendi/Okra

 
Ini bendi merah yang saya tanam tahun lepas. Benihya saya beli di nursery di Wangsa Maju sebelum berpindah ke Sabah. Saya semai dulu benih di bekas semaian. Bila dan besar sikit terus dipindahkan ke tanah. Batang, urat daun dan dahan pokok berwarna merah. Bunga berwarna kuning sama seperti bendi hijau.

Soto untuk Iman


Soto untuk Iman
Ada nasi impit love, sup ayam, daging ayam, begedil bear.

Lepas makan Iman kata sambil peluk saya ' A ye yu' ( I love you).
Bahagianya. Rasa dunia ini saya yang punya.
Ya inilah dunia saya. Di rumah sahaja.
Alhamdulillah.

Bunga Fabrik/Kain



 
 
Kali ni buat bunga fabric pulak untuk headbands Alya. Kembang mekar di atas kepala dia. Ini batch pertama yang saya buat. Dah jadi semacam ketagihan pulak buat bunga fabric banyak-banyak. Siap buat matching brooch untuk saya juga.
 
Semalam ke butik vendor untuk  tengok-tengok  sambil  menunggu the boys pergi gunting rambut. Beborak dengan pekerja butik sebab saya berkenan dengan  kotak kayu yang ada dalam kedai tu. Dalam kepala saya kalau dapat ni habis saya buat coffee table. Boleh  letak balang kuih raya nanti. Sebab kedai dia baru bukak, masih ada  ruang-ruang kosong untuk disewa. Jadi pekerja tu cadangkan saya letak headbands kat kedai. hehehehe.... sambil senyum-senyum malu saya cakap saya hanya buat untuk Alya saja.
 
Tapi macam menarik ajer cadangan dia kannn....

Buat Sendiri Baby Headbands





Masa belum ada baby girl, tengok orang lain pakaikan reben pada babygirl dioarang hati saya jadi sangat-sangat jeles. Cemburu yang meruap2. Suka tengok tapi cemburu. Sekarang bila ada babygirl sendiri, memang macam-macam warna riben nak beli bagi matching dengan warna baju. Mula-mula saya beli headband kat kedai di KK walaupun tidak berkenan dengan materials yang digunakan saya beli jugak dua, asalkan ada. Kemudian bila saya balik bercuti ke Semenanjung tengok ada lagi banyak pilihan. Kalau di instagram lagi menggila tengok, sampai rambang mata.

Demam Bento Melanda

 
 
Terjebak saya sudah dengan mommies yang buat bento untuk anak-anak. Memang ramai mommies yang sediakan bekal untuk anak-anak, siap ada kelab lagi tau di FB. Antara sebab utama untuk pupuk makan makanan yang berkhasiat disamping dapat menjimatkan belanja. Semenjak barang-barang naik harga, ada jugak mommies yang siap pergi ke kantin sekolah anak tengok harga dan kualiti makanan di kantin. Kata mereka mahal berbading apa yang dijual. Lagipun jika bawa bekal anak lebih dapat makan dengan tenang sebab tak perlu bergasak beratur membazir masa.  Masa mula-mula saya siap hantar bento ke sekolah temankan anak makan waktu rehat sebab takut diorang bawak sampai sekolah tak rupa macam apa yang disediakan. Almaklumlah boys kan.... Sekarang ni saya tengok diaorang bawak dengan cermat sebab kawan-kawan dan cikgu selalu tanya harini bawak bekal bentuk apa hehehhe....
 

Menu atas: Fried spaghetti, jagung rebus, tembikai.
Menu bawah: sandwich, anggur, grilled sausage, pudding roti.

Restoran Masakan India Paling Best di Sabah


Di Sabah ni bukan budaya makan masakan mamak atau india macam di Semenanjung. Kalau di Semenanjung tu bole kata bersepah-sepah warung dan restoran India/mamak. Di Sabah dah lah tak banyak dan yang ada pun tak menepati selera. Sehiggalah seoarang kawan bagitau kami tetang Roti & Chai.

Katak Melompat Ke Pinggan



 
Tajuk macam seram. Tapi bukan katak pisang atau katak hidup.
Ini katak-katak yang cute. Sayang nak makan kata kawan saya. Mini burger with cheese.
Roti bun saya buat sendiri. Saya tak de spesifik resepi buat bun ini. Sebab husband suka makan roti waktu malam, bila dah selalu, main agak2 sahaja sukatannya.

Tips Mengambil Gambar Ketika Mengandung - Budget Pregnancy Photo Shoot



Selalu masa mengandung, kita tak confident amik gambar kan. Banyak sebabnya. Sebab badan sudah kembang. Hidung sudah kembang. Kulit retak sana sini. Ada bahagaian badan dan muka menjadi hitam. Ada yang naik jerawat. Mood pulak selalu berubah.

Dalam empat kali mengandung,  ini gambar terbaik bagi saya. Terbaik sebab pakai enpun sahaja. Tak perlu upah jurufoto professional dengan bayaran yang beratus-ratus. OK. OK. Memang diakui la kalau guna jurufoto professional gambar lagi ba ba boom kan. Ini kira yang budget pregnancy photo shoot la. Ini throwback. Ketika megandungkan Alya sewaktu 6 bulan. Lokasi di Penang Street Art.

Golden Sand Resort Penang Memang Best

 
Menang best. Pertama sekali servis yang terbaik. Kami pergi  bercuti 'sekampung', dalam ramai budak-budak tu biasa lah dengan bisingnyer dengan air tumpah sini sana, Staf melayan kami dengan senyum ajer. Tapi tak tau la kan dalam hati kot pot pet pot pet marahkan budak-budak ni.  Bila masuk bilik, ada staf datang bagi sejadah siap dalam plastik dobi. Wangi bila sujud. Bilik besar dan selesa. Bilik air pun best. Permandangan dari balkoni cantik. bangun pagi bila tengok luar rasa macam tak nak balik rumah. ehheeee... lain macam jer permintaan tu.

Terapi untuk Iman di Sabah


Alhamdulillah, Iman dah besar sekarang, dah hampir setahun dah pandai jalan. Cuma masih belum berlari. Lari bagi dia adalah jalan cepat. OK juga lah tu Iman. Ibu tetap sayang Iman. Terapi fizikal pun dah tak perlu lagi. Cuma yang ada terapi cara kerja dan terapi pertuturan. Ada juga kawan-kawan Iman yang 5 tahun tapi masih belum bercakap, ada juga yang petah. Memang kanak-kanak Williams Syndrome tidak sama perkembangan. Bagi saya kita raikan yang mana ada perkembangan walaupun sedikit. Itu yang penting. Yang lain kita kena lebih bersabar dan berdoa.

Semangat Berkebun Semula


Semenjak saya mengandung tahun lepas, kebun di tepi rumah terbiar kurang kasih sayang. Pancang pokok semua senget dan plastic teduhan berterbangan. Disebabkan nampak semak, suami saya kemas habis rata semua pokok saya. Yang tinggal sebekas pokok bayam malabar dan sepokok tomato. Sedih juga masatu.

Alya 2 bulan sudah



Geram tengok pipi epal dia. Berkat menyusu setiap satu jam. Alhamdulillah. Alya paling lama dan sekali menyusu badan. Mengikut pengalaman saya setelah 4 kali bersalin dan berpantang ini, kalau mood happy, kita enjoy makanan yang kita suka, memang susu banyak. Kalau time pergi keluar makan dapat pulak makanan yang didamkan, memang menacut2 la susu badan ni. Tak percaya? Sila cuba. Apa2 yang penting hati kena happy.

Tiga Ekor Beruang Comel


Minat saya dalam membuat food art ni bermula semasa dalam pantang. Sebab mungkin asik terbaring tak de buat kerja lain. Asik gugel dan godek instagram, berjangkit demam bento dan foodart yang melanda ramai mak2 terutama surirumah. Ada juga mak-mak yang berkerja rajin membuat bento untuk anak-anak. Bento  secara ringkas ialah bekal yang dihias comel. Budaya dari Jepun. rajin kan diorg ni. Memang banyak mutu kualiti budaya Jepun yang patut kita tiru.

Menu kali ini ialah nasi goring, sambal ikan, sotong goring tepung dan honeydew jelly. Sukatan mengikut usia anak-anak. Jenuh jugak nak kena buat sampi tiga pinggan.

Resepi Donut Gebu


Saya dah beberapa kali buat donut. Dan beberapa kali itu jugalah menggunakan resepi yang berbeza. Tapi semalam menjadi pula donut saya. Yang ini gebu di dalam, tapi di luar sedikit garing. Kalau dicelup dengan coklat ganache tidak lah dia soggy lembik.  Resepi ni saya dapat di fb, tak tahu sapa pemiliknya. Terima kasih tuan empunya.

Kehidupan Baru, Baby Baru dan Blog Baru

 

Alhamdulillah saya selamat melahirkan cahaya mata ke empat pada hujung bulan Febuari yang lalu ketika kandungan berusia 35 minggu. Macam-macam dugaan sepanjang megandungkan Alya. Bermula dengan triplets dan gugur dua. 1st trimester dan 3rd trimester memang payah sekali. Terpaksa banyak berehat dan baring sebab untuk mengelakkan keguguran kesemuanya.