Restoran Masakan India Paling Best di Sabah


Di Sabah ni bukan budaya makan masakan mamak atau india macam di Semenanjung. Kalau di Semenanjung tu bole kata bersepah-sepah warung dan restoran India/mamak. Di Sabah dah lah tak banyak dan yang ada pun tak menepati selera. Sehiggalah seoarang kawan bagitau kami tetang Roti & Chai.



Memang sedaplah. Jika sebelum ini nak makan yang menepati anak tekak ni terpaksa tunggu balik ke Semenanjung baru lah dapat rasa. Roti & Chai ni terletak di Metro Town, Kota Kinabalu. Berdekatan Jesselton Medical Centre. Suasana restoran yang selesa. Harga sederhana. Jangan la pulak bandingkan dengan harga warung mamak pulak yer. Sebelum order sila tengok harga pada menu. Jangan pula time breakfast order macam makan tengah hari. Harga dah tentu jadi menu tengah hari.  Bagi saya harga yang sederhana dengan masakan yang sedap di sana sangat-sangat berbaloi. Setakat ni kami dah cuba

1. Nan cheese + tandhoori chiken
2. Roti + chicken butter masala
3. Set nasi chiken bUtter masala
4. Set nasi lamb masala
5. Nasi Briayani

Semua ni sedap sedap belaka. Jemput visit page Roti & Chai .


4 comments

  1. Puas rasanya bila menu kena dgn tekak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini memang bukan macam semenanjung bersepah2 warung n restoran mamak. Kat sini kalau ada pun kebanyakan tak memenuhgi piawaian minimum tekak saya :)

      Delete
  2. Mas.. roti n chai tu rest india ke india muslim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni restoran india, dia dapatkan bekalan daging kat Desa Kundasang. Kalau nak tengok surat tu bole tanya kat boss dia. Di Sabah kebanyakan restoran sistemnya begini, contoh restoran seafood Gayang, membenarkan pengunjung masuk ke dapur untuk tengok bahan2 yang digunakan untuk memasak.

      Delete