Cara Tanam Pokok Tomato

Kali ini saya nak kongsi cara tomato. Cara tanam sama sahaja jika tanam di dalam bekas atau di tanah.  Tips cara penanam ini telah saya kongsi di page Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri di FB. Ini cara saya, mungkin orang lain berbeza caranya.

1. Semai benih. Tabur benih dan tabur sikit tanah di atas. Atau potong/slice tomato yg ada biji dan letak di tapak semaian di tempat teduh tp masih dapat sinaran matahari.

 2. Sembur2 dengan air pagi dan petang.

 3. Dalam seminggu... lebih akan bercambah. 

4. Biarkan hingga 4-5 helai daun pastu pindahkan ke bekas lebih besar. Atau jarak2 kan di atas batas.


 5. Bila membesar potong daun atau dahan kecil yg tumbuh dia pangkal pokok. 


 6. Letak baja sekali 2 minggu atau sebulan sekali. Hampas kopi pun bagus untuk tumbesaran pokok. 


 7. Selalu belek pokok jika ada ulat atau serangga bersarang. Buang daun yg rosak yg diserang ulat. Nanti berjangkit. 


 8. Tepuk2 (babab kata budak2) batang dipangkal. Saya tengok ni cara omputeh di youtube. Ada yang kata untuk pendebungaan, ada jugak yg kata kasi nutrient dalam pokok lebih cepat menyerap.  Saya babab diorg dengan surat khabar.


 9. Bila dah berbunga nanti akan bertukar menjadi buah. 


 10. Puji dan bagi kata2 semangat pada pokok -petua org dulu2. 


 11. Selamat mencuba :)


 
Antara hasil tomato saya sekarang.
Syukur alhamdulillah
 

Resepi Ayam Madu Lemon Pedas / Spicy Lemon Chicken



Resepi ini saya sudah share juga di FB di Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Bahan A
Ayam potong sederhana atau kecil
Tepung jangung
Tepung beras
Lada hitam
Lada putih
Garam

Bahan B
Secawan stok ayam @ satu kuib ayam + secawa air
2 sudu besar butter
1 setengah sudu besar tepung jagung
2 sudu besar madu
Sikit minyak bijan

Bahan C
Bawang kisar
2 sudu besar cili blender
2 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa.

Cara:
Gaul semua bahan A dan perap setengah jam. Goreng hingga rangup kekuningan. Angkat ketepikan.

Cairkan butter. Campur dulu semua bahan B. Masukkan ke dalam butter cair. Api sedang. Kacau hingga sebati dan pekat. Ketepikan. (Jika nak buat ayam lemon tak pedas, tambah garam secukup rasa dan tuang ke atas ayam td)

Bahan C pula. Tumis bawang blender hingga naik bau. Masukkan cili blender kacau hingga masak. Masukkan cili sos. Masukkan gula dan garam. Masukkan sos lemon tadi dan kacau hingga sebati. Masukkan semua ayam dan gaul menyeluruh. Angkat dan hidangkan.

Masakan ini sesuai di makan waktu masih panas-panas.

Selamat mencuba :)

Biji Kurma Dah Keluar Akar


Minggu pertama puasa saya bagitau pada husband yang saya nak semai biji benih buah kurma yang kam buat buka puasa. Husband saya antara percaya dengan tak aje lah apa yang sya cakap mungkin bagi dia mustahil kurma yang dah melalui proses di kilang boleh dibiakkan.

Saya rendam beberapa biji kurma selama 3 hari. Kemudian saya semai menggunakan tanah hitam. lama benar saya tunggu dia bertunas, tapi tak muncul-muncul. Kemarin bila saya hendak buat self watering container saya kumbah balik tanah sebab nak tengok kot-kot benih berkulat atau mati. Enam biji benih yang saya semai, empat darinya dan bertunas akar. Alhamdulillah.

Nanti saya update yer perkembangan benih kurma saya.

Resepi Bubur Tepung Gandum dan Pisang



Ada yang panggil bubur gunting. Ibu selalu buat ni masa kami adik beradik kecik-kecik dulu. Disebabkan adik-adik semua lelaki, menjadi tugas saya dan kakak yang menggunting tepung. Alhamdulillah, dikurnia umur saya panjang, rezeki  dan kesempatan dapat saya buat  untuk anak-anak saya pulak.  Makan bubur ni waktu hujan-hujan memang best sangat.

Mari Buat Sendiri 'Self-Watering Container'



Raya tak lama lagi. Mesti ramai yang akan balik bercuti. Bagi yang balik bercuti lama, mesti risau nak tinggalkan sayur dan pokok-pokok bunga terutama anak-anak pokok yang baru bertunas. Untuk menyelesaikan masalah dan kerisauan itu, mari kita buat 'self-watering container'. 'Self-watering container' membolehkan pokok  tidak perlu disiram kerana ada bekalan air sendiri.